Thursday, October 16, 2008

Trip ke Perak

kalau semester pertama kami satu kelas (budak lelaki saja) pergi ke genting selepas habis je final exam. semester dua pula, perancangan kami nak ke tambun, perak tak jadi, sebabnya kami semua dah pergi ke tasik kenyir dan lagi pula ramai yang tak ada masa tu, jadi plan tu kami tangguh dulu.


semester ni pula kami ubah plan semester dua yang nak pergi tambun tu ke lata kinjang di negeri yang sama iaitu perak.perancangan untuk ke sana sudah dibuat, masa sama je macam sebelum ni selepas final exam juga kami buat. untuk trip kali ni rasanya ramai juga yang ada dan akan ikut bersama kami, bertambah meriahlah sikit.

perjalanan program telah pun diatur dan sudah berbincang antara kami sekelas, cuma tunggu masa je la untuk pergi ke sana. selain tu kami juga akan buat BBQ di rumah hafiz dan bermalam di sana. jadi rugi lah kalau sapa yang tak nak pergi.

Saturday, October 11, 2008

Raya bersama Suksis

Hari ni kor suksis buat majlis hari raya aidilfitri di dewan fakulti seni reka dan seni lukis. majlis ni sepatutnya menyambut kedatangan Suksis dari UPSI yang akan membuat lawatan disini, tapi apa kan daya kita hanya merancang tuhan yang menentukan, jadi pihak Suksis UPSI tidak dapat hadir kerana ada sebab yang tidak dapat dielak kan.

Tetamu kehormat kita iaitu Ketua Polis Negeri Selangor juga tidak dapat atas sebab yang sama. jadi majlis ini berlangsung secara simple dan sederhana saja. ramai juga la yang hadir terutama dari skuad 3 dulu yang kini menjadi pegawai Suksis. kepada semua anggota suksis, skuad pegawai dan juga pihak pentadbir Suksis UiTM saya ingin memohon maaf sepanjang bersama Kor Suksis. Selamat Hari Raya.

Tuesday, October 7, 2008

persediaan

minggu ni banyak betul persediaan yang perlu dibuat terutamanya persediaan menghadapi ujian setiap paper, masih banyak lagi yang tak paham dah kena buat ujian, itu yang jadi masalah sekarang ni. selain uijan di kelas, suksis pun ada juga ujiannya, ujian menembak M16 dengan ujian undang-undang polis.

ujian menembak akan berlangsung pada 18 oktober ni di kuala kubu baru, selangor. ujian undang-undang polis pula akan berlangsung seminggu selepas ujian menembak. semua ujian ni perlu ada persediaan yang cukup untuk menghadapinya kalau tak ada persediaan jawab je lah apa yang boleh. jadi, kenalah buat bersedia dari sekarang.

Sunday, October 5, 2008

saudara-mara

lepas sembahyang raya je kami sekeluarga pun pergi la ke rumah pakcik saya di rompin, pahang. boleh kata hampir setiap tahun la, bila raya je mesti balik rompin. dah tak de tempat lain lagi dah, kalau ada pun balik kedah saje, itu pun kalau ada hal lain, maklumlah semenjak arwah atuk saya meninggal, kami jarang balik sana. lagi pun saudara-mara masih ramai ada di rompin.

sampai je di rompin dah kena panggil sana-sini, lepas sebuah rumah ke sebuah rumah sampailah ke lewat malam.....ramai betul adik-berdik yang ade di sana sampai tak abis melawat. dalam duk seronok beraya ni ade pula majlis kahwin berlangsung, hah ape lagi join sekali la bersama orang kampung tolong masak untuk jamuan kahwin, dah tu kalau sebuah je takpe la juga, ni sampai tiga buah umah yang buat majlis kahwin, sepupu plak tu. enam ekor lembu dikorbankan pada malam raya untuk menjamu orang kampung, banyak tu.....nasib baik la ramai orang kampung datang tolong membantu tuan rumah buat majlis kahwin ni, lega sikit tuan rumah.

raya tahun memang cukup meriah la, ditambah lagi dengan majlis kahwin sepupu-sepupu saya tu dan yang seronok sekali saya dapat jumpa balik kawan masa di kampung dulu. sama seperti dulu lagi masih juga tak berubah.