Sunday, June 28, 2009

Sesi latihan









sesi latihan scuba dijalankan selama dua hari bermula pada pagi semalam dan selasai pada petang hari ni. sesi latihan ini turut disertai oleh En. Hisyam, Cik su dan abg awie serta beberapa orang alumni yang memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman mengenai scuba di laut. pelbagai nasihat dan pedoman diberikan kepada peserta program ini supaya mereka lebih bersedia sebelum berlepas ke pulau kapas pada esok hari.


Misi scuba

sudah hampir 4 bulan berusaha untuk menjayakan program scuba pada kali ini nampaknya ada harapan untuk mencapainya. ini semua hasil daripada usaha gigih semua pihak yang turut membantu kami dalam merancang program ini dan memberi sokongan yang cukup kuat untuk bersama-sama menjayakan program scuba pada kali ini.

saya berasa terhutang budi dan jutaan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan terutamanya kepada semua penasihat PERLU, alumni, ahli-ahli PERLU dan juga mereka turut terlibat secara langsung dalam program ini. saya berharap agar program scuba pada kali ini berjalan dengan selamat dan sempurna serta mendapat kerahmatan dari allah....amin.

Friday, June 26, 2009

Sepi dua beradik

petang tadi saya dapat panggilan telefon daripada mak saya katanya pak ngah saya(abang kepada ayah saya) meninggal dunia di langkawi. arwah pak ngah akan dikebumikan malam ni juga, jadi tak sempat la kami sekeluarga nak balik sana, apa boleh buat dah sampai masanya kita hanya mampu berdoa saja la pada allah.

sekarang tinggal dua beradik saja la ayah saya ngan pakcik saya. dulu pak ngah ngan pakcik saya duduk satu kampung di Pekan, pahang. sejak sakit tua tahun lepas, anak arwah pak ngah bawa balik ke pulau langkawi untuk berubat sehingga la arwah meninggal di sana. semoga allah merahmati arwah dan mengampuni dosa-dosanya serta tempatkannya bersama-sama orang yang solleh...amin sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah.

Thursday, June 25, 2009

Tak cukup

pagi tadi saya dapat mesej daripada boss nak jumpa saya kat fakulti, kebetulan pula masa tu saya berada di office TEAM TACT jumpa yasir untuk ambil gambar gathering ngan gambar scuba. lepas tu saya pun terus la menuju ke fakulti untuk berjumpa dengan boss, masa saya sampai boss tak ada lagi jadi saya pegi la jumpa abg awie jap kat dalam office fsr. baru sembang kejap boss pun sampai dan terus ajak kami masuk ke bilik.

selepas 5 minit berbincang, boss nak buat bubble maker lagi, katanya tak cukup tu buat sekali je kena banyak kali sikit baru ok, betul juga tu kalau buat sekali je memang tak dapat nak sesuaikan diri lagi dengan alatan scuba tu. jadi kami pun merancang untuk menambah lagi sesi latihan bubble maker pada hari sabtu dan ahad ni, kalau masa mengizinkan kita akan bubble maker pagi dan petang sebelum belepas ke terengganu.


Scuba 'comfine water training'

hari selasa lepas diadakan comfine water training atau pun bubble maker untuk program scuba. jadi sebelum misi ke pulau kapas kita kena lah belajar dulu cara menyelam dan apa isyarat yang digunakan semasa menyelam nanti.

pada mulanya agak risau juga untuk menyelam dengan alatan scuba ni maklumlah biasa kat kampung main terjun je kat laut tu, dalam mana pun tak kisah, tapi bila dah pergi scuba kat pool ni baru lah dapat lihat sikit sekeliling tu, baru lah rasa seronok sikit, ini baru kat pool belum lagi kat pulau nanti, tak tau apa yang ada disana.

ini satu perkara yang baru bagi saya, sebelum ni pernah dengar je orang pergi scuba tak tau seronok cam mane tapi dah pergi sendiri barulah dapat tahu rasanya cam mane. kepada yang tak pergi lagi tu boleh la cari peluang untuk mencuba sendiri. kepada yang ikut program ni jangan lupa kita akan bergerak ke pulau kapas pada 29 jun 2009 jam 4.00 petang.


Monday, June 15, 2009

Misi pulau kapas

Salam, minggu ni PERLU telah merancang untuk menjalankan satu aktiviti air iaitu Program Scuba Open Water Training di Pulau Kapas, Terengganu.

program akan bermula pada 23 hingga 3 Julai 2009. mengikut tentatif program yang telah dirancang pada 23 hingga 30 Jun 2009 akan di adakan kelas teori dan praktikal menyelam di kolam renang sama ada di pool UiTM atau pool akuatik Seksyen 13. pada 30 hingga 3 Julai 2009 akan dijalankan praktikal menyelam di Pulau Kapas.

setakat ini ada 9 orang peserta dan 5 orang pensyarah yang turut hadir ke program ini. peserta yang terlibat ialah syukry, sofwan, dasri, hisyam, ajoi, lenny, diela, kak yus dan saya. pensyarah yang turut hadir ke program ini ialah En. Hisyam, En. Din, Cik Suhana, En. Azizul dan En. Khaizani.

menyelenggaraan dan pemeriksaan alatan scuba akan dibuat pada hari selasa ini dan pemeriksaan kesihatan akan dibuat pada 22 Jun 2009.