Thursday, August 27, 2009

Barang PERLU

saya berharap la sangat agar persatuan ni memiliki peralatan sendiri untuk menjalankan aktiviti. kalau dulu kita boleh lagi pinjam peralatan dengan fakulti untuk menjalankan aktiviti tapi sekarang ni bukannya tak boleh cuma banyak kelas yang selalu guna peralatan dan akan datang bertambah lagi kelas outdoor (degree baru).

sebelum ni persatuan telah menjalankan satu aktiviti perkhemahan bersama Fakulti Sains Gunaan (FSG) dan hasil daripada aktiviti ini persatuan telah membeli 14 buah khemah, 2 groundsheet (20x30) dan 10 mastin. walau pun tak banyak yang dapat dibeli tetapi ini sudah cukup memadai bagi persatuan untuk menjalankan aktiviti.

ini satu permulaan yang baik bagi persatuan dan kami bercadang untuk membeli lagi peralatan untuk aktiviti tali seperti wall climbing dan abseiling. perkara ni masih lagi dalam perancangan dan perbincangan dengan penasihat untuk mendapat kelulusan membeli peralatan tersebut.

jadi kepada sesiapa yang ada sebarang cadangan yang hendak dikemukakan mengenai perkara ni dipersilakan. cuma yang ada masalah sekarang ini adalah tempat untuk menyimpan barang, jadi perkara ini pun masih lagi dalam perbincangan dengan beberapa pihak lain.

Tuesday, August 25, 2009

Di mana saja pun boleh









Sangka-sangka

Manusia memang suka bersangka-sangka, adakalanya sangkaan yang baik dan adakalanya yang buruk tetapi selalunya sangkaan yang buruk lagi banyak dari sangkaan yang baik.

Orang beribadah disangka riak, oang rileks disangka malas, orang pakai baju baru disangka menunjuk, orang pakai baju buruk disangka miskin, orang senyum disangka mengejek, orang masam disangka merajuk, orang berbincang disangka mengumpat, orang diam disangka menyendiri.

Mana tahu yang beribadah itu orang beriman, mana tahu yang rileks itu sedang berfikir, mana tahu yang pakai baju baru itu pemberian orang, mana tahu yang pakai baju buruk itu seorang yang zuhud, mana tahu yang senyum itu kerana sedekah, mana tahu yang masam itu mengenang dosa yang lalu, mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat, mana tahu yang diam itu kerana berzikir.

satu perkara yang kita lihat, pelbagai persoalan yang timbul dan macam-macam tafsiran yang kita lakukan. oleh itu jauhilah sifat suka bersangka-sangka kerana ia membawa banyak kemudaratan daripada kebaikan. jadi sentiasalah bersangka baik terhadap manusia dan janganlah membuat tafsiran atau kesimpulan terhadap sesuatu perkara mengikut kefahaman dan cara hidup kita tanpa mendengar penjelasan daripadanya.

Saturday, August 22, 2009

apa dah jadi

semalam saya ke IPD klang untuk berjumpa dengan kawan lama saya. tak sangka dan agak terkejut juga melihat perubahan kawan saya yang dulu banyak kerenah kat sekolah, dan sekarang ni telah menjadi anggota polis.

bila ingat balik zaman sekolah dulu memang tak sangka boleh jadi macam ni, takdir telah menentukannya. semoga terus berjaya kawan.

Thursday, August 13, 2009

Camping

salam kepada semua, minggu lepas telah berlangsung first camp bagi pelajar diploma semester 2 di bukit cherakah selama 3 hari 2 malam. camping kali ini ramai juga yang datang membantu terutamanya ahli PERLU dan alumni yang bersama-sama menjayakan program ini.

saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk datang ke first camp ini dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menjalankan program seperti ini.

saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Outdoor yang sudi menjemput PERLU untuk terlibat dalam program ini. semoga apa yang kita lakukan terus menjadi satu kebaikan kepada semua pihak.