Tuesday, February 17, 2009

Demam pula

Salam, rasanye hari ni baru ada kesempatan nak cerita balik kat blog ni. bukan ape lepas saja balik first camp hari tu terus kena demam denggi. ape lagi terus kena tahan kat wad la, dua hari je bertahan kat wad tu lepas tu doktor benarkan saya pulang. lepas keluar dari wad tu baru rasa lega sikit, demam pun dah beransur pulih, jadi esok bolehlah pegi kelas balik.

dah terlepas nak pegi T.O.T, jadi tak tau lagi la bila T.O.T akan diadakan. pada yang baru pegi T.O.T tu selamat datang ke persatuan PERLU, semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab.

Friday, February 6, 2009

Persiapan

salam kepada semua mereka yang sudi menjengok ke blog ni, rasanya dah lama saya tak update blog, jadi sekarang ni baru ada kesempatan untuk saya update balik.

pada minggu ni banyak persiapan yang dibuat terutamanya first camp yang akan diadakan pada 7 hingga 9 feb 2009 di Taman Pertanian Malaysia (bukit Cerakah). yang keduanya persiapan untuk program T.O.T siri ke -11 yang akan dijalankan seminggu selepas first camp iaitu pada 13 hingga 15 feb 2009.