Monday, July 27, 2009

Verge Upon The Nature

Satu perkhemahan telah dijalankan di latto charok, Janda baik, Pahang pada 24 hingga 26 Julai 2009. perkhemahan ini dijalankan dengan kerjasama daripaada Chemistry Fusion Club (CFC) Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam.

seramai 63 orang peserta yang terlibat dan 3 orang pegawai pengiring dan 14 instruktor PERLU UiTM. perkhemahan ini berkonsepkan adventure dan fun tetapi aspek education dan safety kami terapkan juga kepada peserta.

program ini selamat dijalankan tanpa sebarang masalah yang timbul dan keselamatan peserta juga terjamin hingga ke akhir program. terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Sunday, July 5, 2009

Edisi ke-2

nampaknya program scuba bagi PERLU sudah masuk edisi ke-2 pada tahun ini. dengan kejayaan program scuba di pulau kapas pada minggu lalu telah menjadi satu inspirasi kepada ahli persatuan untuk terus menganjurkan program seumpama ini di masa akan datang.

saya sangat berpuas hati dengan kejayaan program ini walaupun ada sedikit masalah pada awal pelaksanaannya namun berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak perkara susah menjadi mudah, begitulah gambaran yang dapat saya katakan.

kepada mereka yang berjaya mengikuti program scuba ini hingga tamat saya ucapan ribuan terima kasih, kepada pegawai pengiring iaitu En. Azizul dan abg awie serta Cik suhana dan juga alumni terima kasih di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan.