Monday, November 24, 2008

kali pertama

pada hujung minggu lepas adalah hari yang cukup menyeronokkan. dapat bersama-sama dengan kawan2 dan team tact buat aktiviti flying fox dan wall climbing di dataran letak kereta One Utama.

rasa saya inilah kali pertama saya terlibat dalam melaksanakan aktiviti rekreasi bersama team tact, seronok juga walau pun keadaan cuaca tak menentu kejap panas kejap hujan tapi alhamdulillah la saya masih sihat lagi walau pun seharian berjemur dengan panas dan hujan.

ape pun saya ucapkan terima kasih la kepada shawn, mus dan yasir sebab bagi peluang untuk kami mencuba dan belajar. dan tak lupa juga kepada mereka yang turut membantu dalam menjayakan aktiviti ini.

terima kasih

alhamdulillah selamat sudah program induksi skuad 5 yang dijalankan selama 3 hari dikepong, selangor. semua ini berkat usaha bersama skuad senior dan pegawai dalam menjalankan tugas yang diberikan, saya rasa cukup seronok kerana semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu.

semasa induksi skuad 4 di pantai morib dulu, kami semua habis basah bukan kerana air laut tapi kerana hujan lebat ditambah lagi angin kencang pada waktu pagi sampaikan ada khemah yang terbalik. perkara yang sama juga berlaku pada skuad baru ni tapi tak la seteruk kami dulu.

biasa la perkara macam ni kita tak boleh jangka, jadi bersabar je la dengan musibah yang melanda. walau ape pun terima kasih la banyak2 kepada semua yang membantu terutama kepada jurulatih skuad 4, En. Khalid dan En. Rahmat dan juga mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini. terima kasih semua.

Saturday, November 15, 2008

apa sebenarnya

melihat kepada kehidupan manusia sekarang, kita tidak lagi memikirkan apa yang sepatutnya kita lakukan untuk kebaikan semua manusia tetapi ape yang sebenarnya kita fikirkan sekarang adalah bagaimana kebaikan itu digunakan untuk kita mengelakkan diri kita daripada melakukan kebaikan yang sebenarnya atau pun yang sepatutnya kita lakukan.

mungkin ada yang tidak faham apa sebenarnya yang saya nak ceritakan ini tapi inilah satu-satunya perkara yang sedang saya fikirkan. kalau dulu kita sibuk mengerjakan kebaikan demi untuk mencapai kebahagiaan tetapi lihatlah zaman sekarang apa yang terjadi, manusia masih lagi mencari kebahagiaan dengan melakukan pelbagai kebaikan tanpa memikirkan ape sebenarnya kebaikan tersebut.

apabila sebut saja tentang kebaikan kebanyakan daripada kita mentafsirkannya sebagai satu perkara yang memberi impak positif kepada kita semua. namun kebaikan ini sebenarnya cukup luas pengertian dan pentafsirannya, ianya tidak terhad pada pandangan mata kita saja tetapi merangkumi segenap perkara dan tingkah laku kita sebagai seorang manusia. jadi lakukan kebaikan demi untuk mencapai kebaikan yang sebenarnya.

Friday, November 14, 2008

semakin hampir

banyak perkara yang sudah berlalu dan banyak pula perkara yang semakin hampir dengan ape dilakukan sekarang. ape yang penting sekarang ni final exam pun dah nak abis cuma tinggal satu paper lagi saje, rasa lega sikit selepas menghadapi final exam ni dan semester ni pun dah semakin hampir ke penghujungnya.

yang semakin hampir untuk dilakukan pula masih banyak lagi, yang terdekat sekali adalah trip ke perak bersama budak-budak kelas. Selain tu PERLU juga ada buat AGM dekat sini saja, lepas tu terlibat dengan suksis pula untuk program orientasi skuad baru di kepong, selangor. itu je la perancangan untuk dilakukan buat masa ni, semua ni cuma dalam perancangan saja yang lain tu kita serah pada tuhan saja.

Thursday, November 6, 2008

macam-macam

rasa macam dah lama je tak jengok blog ni, tak tau la sama ada sibuk ke atau saje je buat2 sibuk. sebelum ni banyak sangat perkara yang nak dibuat dan sekarang pun masih lagi kena buat kerja, sibuk dengan suksis la, nak uruskan program orientasi skuad baru yang akan berlangsung di Kepong, Selangor lepas final exam ni.

lepas tu ade lagi program pergi terengganu untuk program anak angkat. takde cuti la semester ni. tak kisah la ape pun program yang nak dijalankan yang penting happy, dan lagi satu sem ni last la untuk terlibat dengan suksis sebab dah tak banyak program lagi, so boleh la relaks sikit.

sebenarnye saya ni tak berapa nak sihat pula, Sem ni entah macam mana boleh demam pula, masuk hari ni dah 4 hari demam tak pernah pula waktu nak exam macam ni boleh demam, entah la rasa pening....pening je kepala ni tapi hari ni agak ok la sikit demam, kebetulan pula hari ade paper so dapat la jawab sikit.