Monday, October 26, 2009

Vat 69

hai.... tak sabar rasanya nak habiskan final exam kali ini, mana tak nye ada program yang menanti, kalau masuk suksis ni la yang best sekali, asal hujung semester saja mesti pegi bercuti di mana- mana tapi ikut silibus la. buat kali terakhir pada sem ni iaitu sebelum ditauliahkan sebagai pegawai suksis ini la perkhemahan yang pertama dibuat dikawasan tasik iaitu tasik banding di perak.

program ini merupakan program wajib bagi suksis kerana ianya program yang penting selain kursus PGA, MARIN, program kemasyarakatan yang lain. kepada semua skuad 4 jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menuju ke tasik banding pada 16 november ni.

Thursday, October 22, 2009

Tahniah

saya ingin mengucapkan tahniah kepada MT baru PERLU, mudah-mudahan dengan pelantikan ini dapat memberi suntikan yang lebih baik dan maju dalam mengendalikan PERLU ini. saya juga berharap agar semua pihak yang berkaitan dapat memberi sepenuh sokongan kepada persatuan ini untuk terus bergerak dengan aktif lagi disamping memupuk semangat berpersatuan bagi generasi akan datang.

saya memohon maaf diatas kesilapan dan kelekaan saya dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sehingga menyebabkan ada beberapa perkara yang tidak di ingini berlaku.