Monday, November 24, 2008

terima kasih

alhamdulillah selamat sudah program induksi skuad 5 yang dijalankan selama 3 hari dikepong, selangor. semua ini berkat usaha bersama skuad senior dan pegawai dalam menjalankan tugas yang diberikan, saya rasa cukup seronok kerana semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu.

semasa induksi skuad 4 di pantai morib dulu, kami semua habis basah bukan kerana air laut tapi kerana hujan lebat ditambah lagi angin kencang pada waktu pagi sampaikan ada khemah yang terbalik. perkara yang sama juga berlaku pada skuad baru ni tapi tak la seteruk kami dulu.

biasa la perkara macam ni kita tak boleh jangka, jadi bersabar je la dengan musibah yang melanda. walau ape pun terima kasih la banyak2 kepada semua yang membantu terutama kepada jurulatih skuad 4, En. Khalid dan En. Rahmat dan juga mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini. terima kasih semua.

2 comments:

Unknown said...

induction rocks!!

cr7lyn said...

congrate 2all snr..kamu semua hd done a great job..
we deserved it the best...
skd snr only the strong.

sngt seronok...
xtahu mcmane nk tgglkn susksis nti,
rindu kt semua..
En Khalid n En Rahmat..

jmp d terengganu ea..