Friday, November 14, 2008

semakin hampir

banyak perkara yang sudah berlalu dan banyak pula perkara yang semakin hampir dengan ape dilakukan sekarang. ape yang penting sekarang ni final exam pun dah nak abis cuma tinggal satu paper lagi saje, rasa lega sikit selepas menghadapi final exam ni dan semester ni pun dah semakin hampir ke penghujungnya.

yang semakin hampir untuk dilakukan pula masih banyak lagi, yang terdekat sekali adalah trip ke perak bersama budak-budak kelas. Selain tu PERLU juga ada buat AGM dekat sini saja, lepas tu terlibat dengan suksis pula untuk program orientasi skuad baru di kepong, selangor. itu je la perancangan untuk dilakukan buat masa ni, semua ni cuma dalam perancangan saja yang lain tu kita serah pada tuhan saja.

Thursday, November 6, 2008

macam-macam

rasa macam dah lama je tak jengok blog ni, tak tau la sama ada sibuk ke atau saje je buat2 sibuk. sebelum ni banyak sangat perkara yang nak dibuat dan sekarang pun masih lagi kena buat kerja, sibuk dengan suksis la, nak uruskan program orientasi skuad baru yang akan berlangsung di Kepong, Selangor lepas final exam ni.

lepas tu ade lagi program pergi terengganu untuk program anak angkat. takde cuti la semester ni. tak kisah la ape pun program yang nak dijalankan yang penting happy, dan lagi satu sem ni last la untuk terlibat dengan suksis sebab dah tak banyak program lagi, so boleh la relaks sikit.

sebenarnye saya ni tak berapa nak sihat pula, Sem ni entah macam mana boleh demam pula, masuk hari ni dah 4 hari demam tak pernah pula waktu nak exam macam ni boleh demam, entah la rasa pening....pening je kepala ni tapi hari ni agak ok la sikit demam, kebetulan pula hari ade paper so dapat la jawab sikit.

Thursday, October 16, 2008

Trip ke Perak

kalau semester pertama kami satu kelas (budak lelaki saja) pergi ke genting selepas habis je final exam. semester dua pula, perancangan kami nak ke tambun, perak tak jadi, sebabnya kami semua dah pergi ke tasik kenyir dan lagi pula ramai yang tak ada masa tu, jadi plan tu kami tangguh dulu.


semester ni pula kami ubah plan semester dua yang nak pergi tambun tu ke lata kinjang di negeri yang sama iaitu perak.perancangan untuk ke sana sudah dibuat, masa sama je macam sebelum ni selepas final exam juga kami buat. untuk trip kali ni rasanya ramai juga yang ada dan akan ikut bersama kami, bertambah meriahlah sikit.

perjalanan program telah pun diatur dan sudah berbincang antara kami sekelas, cuma tunggu masa je la untuk pergi ke sana. selain tu kami juga akan buat BBQ di rumah hafiz dan bermalam di sana. jadi rugi lah kalau sapa yang tak nak pergi.