Thursday, August 27, 2009

Barang PERLU

saya berharap la sangat agar persatuan ni memiliki peralatan sendiri untuk menjalankan aktiviti. kalau dulu kita boleh lagi pinjam peralatan dengan fakulti untuk menjalankan aktiviti tapi sekarang ni bukannya tak boleh cuma banyak kelas yang selalu guna peralatan dan akan datang bertambah lagi kelas outdoor (degree baru).

sebelum ni persatuan telah menjalankan satu aktiviti perkhemahan bersama Fakulti Sains Gunaan (FSG) dan hasil daripada aktiviti ini persatuan telah membeli 14 buah khemah, 2 groundsheet (20x30) dan 10 mastin. walau pun tak banyak yang dapat dibeli tetapi ini sudah cukup memadai bagi persatuan untuk menjalankan aktiviti.

ini satu permulaan yang baik bagi persatuan dan kami bercadang untuk membeli lagi peralatan untuk aktiviti tali seperti wall climbing dan abseiling. perkara ni masih lagi dalam perancangan dan perbincangan dengan penasihat untuk mendapat kelulusan membeli peralatan tersebut.

jadi kepada sesiapa yang ada sebarang cadangan yang hendak dikemukakan mengenai perkara ni dipersilakan. cuma yang ada masalah sekarang ini adalah tempat untuk menyimpan barang, jadi perkara ini pun masih lagi dalam perbincangan dengan beberapa pihak lain.

4 comments:

PPT said...

Persatuan ini dah ada banyak peralatan sendiri........
Cuma kurang tugas pemantauan dan pembaikan membuatkan peralatan ini ada kaki dan berjalan sendiri entah ke mana.....
Harap tidak jadi lagi la nanti..

Harap maklum untuk makluman tuan presiden.. Ikhlas tapi jauh..

PPT

hijau bumi Tuhan... said...

tuan presiden...
usaha yg baik...bnykkan buat prgm luar (dgn fkulti lain / skolah2) utk dptkan dana beli peralatan...smentara nk dpt tmpt yg sesuai, mngkin jgk bleh simpan di umah2 sewa ahli persatuan dulu...tp kna pstikan btol2 tmpt tu slmt dan ada pemantauan yg rapi...dlm msa yg sma, kna work out skit utk dptkan bilik2 kosong di fkulti/HEP...sekadar cadangan...


salam perjalanan...

hisyamchemat said...

Dengan tekad yang teguh pasti kewujudan rumah/bilik persatuan di kampus UiTM Shah Alam akan menjadi kenyataan. Teruskan usaha murni anda Tuan Presiden, saya sokong sepenuhnya asalkan untuk kepentingan persatuan.

myWAY said...

Keep it up, bro!!!
Usaha hari ini, untuk masa depan...