Tuesday, August 25, 2009

Sangka-sangka

Manusia memang suka bersangka-sangka, adakalanya sangkaan yang baik dan adakalanya yang buruk tetapi selalunya sangkaan yang buruk lagi banyak dari sangkaan yang baik.

Orang beribadah disangka riak, oang rileks disangka malas, orang pakai baju baru disangka menunjuk, orang pakai baju buruk disangka miskin, orang senyum disangka mengejek, orang masam disangka merajuk, orang berbincang disangka mengumpat, orang diam disangka menyendiri.

Mana tahu yang beribadah itu orang beriman, mana tahu yang rileks itu sedang berfikir, mana tahu yang pakai baju baru itu pemberian orang, mana tahu yang pakai baju buruk itu seorang yang zuhud, mana tahu yang senyum itu kerana sedekah, mana tahu yang masam itu mengenang dosa yang lalu, mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat, mana tahu yang diam itu kerana berzikir.

satu perkara yang kita lihat, pelbagai persoalan yang timbul dan macam-macam tafsiran yang kita lakukan. oleh itu jauhilah sifat suka bersangka-sangka kerana ia membawa banyak kemudaratan daripada kebaikan. jadi sentiasalah bersangka baik terhadap manusia dan janganlah membuat tafsiran atau kesimpulan terhadap sesuatu perkara mengikut kefahaman dan cara hidup kita tanpa mendengar penjelasan daripadanya.

1 comment:

Unknown said...

Assalamua'laikum...
Tahniah atas post anda ini.
Lumrah sifat manusia memang sebegitu, kdg2 sukar utk dimengertikan dan diramalkan.
Namun, sekiranya kita telahpun mengenali seseorang itu, fahamilah dan hargailah dia dgn sejujurnya. Mana tahu,ia akan meninggalkan kesan yg mendalam dlm hidupnya dan sukar utk dilupakan sampai bila2, kan...Wassalam.