Monday, June 15, 2009

Misi pulau kapas

Salam, minggu ni PERLU telah merancang untuk menjalankan satu aktiviti air iaitu Program Scuba Open Water Training di Pulau Kapas, Terengganu.

program akan bermula pada 23 hingga 3 Julai 2009. mengikut tentatif program yang telah dirancang pada 23 hingga 30 Jun 2009 akan di adakan kelas teori dan praktikal menyelam di kolam renang sama ada di pool UiTM atau pool akuatik Seksyen 13. pada 30 hingga 3 Julai 2009 akan dijalankan praktikal menyelam di Pulau Kapas.

setakat ini ada 9 orang peserta dan 5 orang pensyarah yang turut hadir ke program ini. peserta yang terlibat ialah syukry, sofwan, dasri, hisyam, ajoi, lenny, diela, kak yus dan saya. pensyarah yang turut hadir ke program ini ialah En. Hisyam, En. Din, Cik Suhana, En. Azizul dan En. Khaizani.

menyelenggaraan dan pemeriksaan alatan scuba akan dibuat pada hari selasa ini dan pemeriksaan kesihatan akan dibuat pada 22 Jun 2009.

2 comments:

cr7lyn said...

En Moya, sy bdk baru...if sy nk joint skali scuba diving ni buleh tak?he3...

Agak menarik...

Hjng Thn jom g sky diving nak x, or bungge jumping...:)

hijau bumi Tuhan... said...

slmt ber'scuba'...dah ada lesen nnti bleh la ajar aku yek, hehe...


salam perjalanan...